Ahad, 31 Januari 2016

Nothing is impossible when people have dream




Nothing is impossible when people have dream
Maruisz Kedzierski is a 23-year-old Polish artist. Although he has no arm, he achieves a great life. He has done his drawings during his travel through the Europe, especially on the street. He called this project ‘Mariusz Daws’, which aims to inspire people that all the limits are in the heads.

Jumaat, 29 Januari 2016

30 January 2016: Bagaimana Jika Malaysia tidak Mentandatangani Perjanjian Trans-pasifik TPPA

Bagaimana jika kita tidak tandatangani TPPA

DALAM perjanjian-perjanjian FTA sedia ada dan WTO sudah ada rejim tarif yang cukup baik untuk Malaysia.

Satu perkara yang selalu kita dengar mengenai perjanjian TPP adalah bagaimana perkongsian 12 negara dalam TPP akan memberi kita capaian kepada kelompok ekonomi yang besarnya adalah 40% daripada GDP sedunia; serta pasaran 800 juta penduduk.

Maka wajib kita berada di dalamnya untuk manafaat amat besar!

Tetapi yang mereka sengaja tidak beritahu:
• Kesemua 12 negara-negara TPP sudahpun berada dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),
• Amerika Syarikat tidak dibenarkan untuk menaikkan tarif mereka terhadap Malaysia di atas paras yang mereka terikat di WTO, dalam semua produk-produk Malaysia, jika Malaysia tidak menandatangani TPP.

Amerika Syarikat sebenarnya sudah terperangkap. Mereka tidak boleh naikkan tarif untuk menghukum Malaysia jika Malaysia tidak tandatangan. Dan kadar tarif dikunci bawah WTO, secara purata, hanya 3 peratus untuk barangan Malaysia untuk dieksport ke Amerika Syarikat.

Ini adalah sudah memang rendah, kerana, jika kita inginkan sangat mahu dapat tarif sifar (zero tariff) bawah perjanjian TPP, kos-kos untuk proses dan dokumentasi mematuh peraturan baru bawah TPP saperti “rule of origin” dan lain-lain dianggarkan lebih kurang 5 peratus.

Kebetulan kesemua 12 negara TPP sudah berada dalam WTO. Tambah lagi Malaysia sudah meterai perjanjian perdagangan bebas - dengan tarif yang rendah atau sifar - dengan semua negara-negara TPP kecuali empat negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

Daripada empat negara tersebut, Amerika Syarikat, sudah terikat dengan tarif purata (average bounded tariff) pada WTO yang rendah iaitu, 3 peratus, jadi tidak banyak perbezaan jika diturunkan kepada 0% pun, bawah TPP. Kanada pula, punyai tarif terikat purata rendah di WTO sebanyak 6%.

Maka tinggal Mexico dan Peru. Jika benar-benar penting untuk mendapatkan produk-produk Malaysia diekspot ke Mexico dan Peru (dengan terma tarif yang lebih baik), maka adakanlah saja perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Mexico dan Peru, di mana kita hanya perlu enam bab mengenai menghapuskan tarif sahaja. Dan tak perlu bab-bab saperti harta intelek, ISDS dan perkara-perkara lain.

Kebanyakan negara di dunia tidak meterai FTA dengan Amerika Syarikat

Sebelum ini terdapat kira-kira 60 negara yang telah memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (AS).

Mereka semua pada awalnya sangat optimis.'Kami akan dapat tawaran yang terbaik, Perdana Menteri kami kawan rapat dengan Presiden Amerika Syarikat, dia pergi ke ladangnya untuk BBQ. Kita akan mendapat tawaran istimewa, tengoklah” - itulah yang Australia beranggapan sewaktu rundingan FTA dengan AS pada tahun 2003.

Hakikatnya, Australia cuma dapat tawaran sama seperti orang lain, teks yang sama, semua sama, kerana Amerika Syarikat sudah ada templat (acuan perjanjian FTA) yang di bawahnya cuma - anda tandatangan di sini!

Jadi bagi banyak negara, selepas berpuluh-puluh pusingan rundingan, mereka masih tidak dapat capai yang mereka perlukan, dan merubah teks cadangan dalam templat asal AS. Melihat versi terakhir, mereka berkata, ini sebenarnya tak sesuai dengan kepentingan negara saya, terima kasih, tapi tak payah, kami tidak akan tandatangan!'

Ini cerita Switzerland. Switzerland sedang berunding dengan AS untuk perjanjian perdagangan bebas (FTA), mereka kaji cadangan AS dan selepas dua tiga pusingan, mereka berkata kepada Amerika Syarikat: “Perlukah anda masukkan bab-bab mengenai harta intelek dan pertanian?” AS berkata, “Kami mesti. Itu semua wajib bagi kami.” Switzerland kemudian berkata, “Kalau begitu, terima kasih banyak, tapi tak payahlah, lebih baik kita teruskan persahabatan kita, tak payahlah perjanjian perdagangan bebas (FTA) ini. Kita boleh terus berdagang dengan satu sama lain di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di mana diantara kita semua sudah ada tarif yang rendah. Jom kita teruskan tanpa FTA ini”.

Mengikut World Economic Forum (WEF) Competitive Index 2014-2015– Switzerland adalah negara paling kompetitif di seluruh dunia. Jelas bukan hal ‘takut’ atau ‘tidak takut’ saperti naratif yang dijaja Tok Pa.

40 daripada 60 negara tinggalkan rundingan FTA dengan AS, seperti Malaysia pada tahun 2008

Jadi daripada 60 negara yang mula berunding dengan AS, hanya 20 tandatangani. Dua pertiga tolak, kerana mereka dapati tidak sesuai dengan mereka. Jadi majoriti daripada 170 negara di seluruh dunia tidak mulakan apa-apa rundingan langsung, dan dari 60 negara yang berunding 40 negara (dua pertiga) akhirnya tidak menandatangani perjanjian FTA kerana cadangan (templat) AS itu dianggap begitu buruk dan lebih mudarat untuk mereka.

Hanya beberapa negara saja yang mampu jadi hero dan menanggung kehendak Amerika Syarikat.  27/1/2016

* Azlan Awang merupakan Timbalan Pengerusi #BantahTPPA

Khamis, 28 Januari 2016

Tarikh 26 Januari: 11 Pengubahsuaian Bajet 2016 Yang Diumumkan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak Pada Hari Ini




Kita sedia Maklum kegawatan Ekonomi yang tidak seimbang dan tidak seberapa baik pada Tahun 2015 dan Tahun 2016 di Negara Malaysia kita ini akibat keadaan Ekonomi Dunia pada waktu sekarang meruncing. Demikian , kerajaan telah melakukan inisiatif untuk mengubahsuai pembentangan Bajet untuk Tahun ini dan mengawal perbelanjaan dalam dan luar Negara. Jadi pengubahsuaian Bajet untuk Tahun 2016  diubah atau terpaksa diperincikan demi mengikut kesusesuaian keadaan ekonomi semasa. Berikut pengubahsuaian yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak pada hari ini:

1. Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017.
Walaubagaimanapun, caruman majikan dikekalkan. Langkah ini, dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sehingga 8 bilion ringgit setahun.
(Nota editor: Ini adalah langkah yang biasanya diambil semasa kegawatan ekonomi. Potongan caruman biasanya akan disalurkan masuk ke dalam gaji pekerja, memberi pekerja lebihan wang tunai untuk berbelanja. Perbelanjaan orang ramai akan menyebabkan ekonomi kekal menggalakkan.)
2. Kerajaan akan memberi pelepasan khas cukai sebanyak 2 ribu ringgit, kepada pembayar cukai individu berpendapatan 8 ribu ringgit sebulan ke bawah, untuk tahun taksiran 2015.
Dengan langkah ini, walaupun Kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak 350 juta ringgit, namun, ianya dapat memberi penjimatan bayaran cukai individu sehingga 475 ringgit. Khabar gembira ini akan memanfaatkan seramai 2 juta pembayar cukai.
3. Bagi mengurangkan kos harga barang keperluan harian rakyat, Kerajaan akan melaksanakan antaranya, perkara-perkara berikut:
Satu: Kerajaan akan meliberalisasikan kawalan kuota import atau AP, bagi lapan produk pertanian terpilih untuk tempoh sementara bagi mempastikan bekalan yang konsisten.
Antara produk pertanian termasuklah biji kopi mentah, daging kerbau, lembu dan kambing. Pada masa yang sama, syarat pematuhan kualiti dan keselamatan barangan import akan terus diutamakan.
Dua: FAMA akan membuka pasar belian terus hasil pertanian atau MyFarm Outlet yang menjual barang makanan seperti ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan, dengan menawarkan harga jualan 5 hingga 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran.
Buat permulaan, ia akan dibuka di Presint 7, Putrajaya pada bulan Mac hadapan, dan akan diperluaskan ke 10 lokasi di pusat bandar lain seluruh negara pada tahun ini juga.
Tiga: Dalam mempastikan rakyat menikmati harga barangan yang berpatutan, KPDNKK diarahkan untuk mengenalpasti lebih banyak kedai-kedai jualan harga berpatutan seperti, hypermarket asing dan tempatan. Jadinya, jumlah Kedai Harga Patut akan ditingkatkan daripada 640 buah, kepada seribu kedai kesemuanya pada tahun ini.
Empat: Dalam waktu yang sama, KPDNKK akan mempertingkatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga-peniaga yang tidak beretika, serta mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang berlipat ganda atau profiteering.
Lima: Untuk terus membela untung nasib para pesawah, serta meningkatkan pengeluaran padi, Kerajaan menyediakan tambahan tunai sebanyak 50 ringgit bagi setiap 1 tan metrik padi bersih, sebagai insentif input pengeluaran padi. Pada masa yang sama, Kerajaan akan menambah baik pelaksanaan pemutuan sebenar padi melalui sistem penggredan standard; dan
Enam: Kerajaan memperkenalkan program MyBeras diperkenalkan, di mana setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar, akan dibekalkan dengan 20 kilogram beras setiap bulan. Ini merupakan satu langkah, sehingga Disember 2016, untuk mengurangkan bebanan hidup keluarga miskin.
4. Berkuat kuasa serta merta ke atas projek perumahan baharu, Kerajaan akan menetapkan kesemua penjualan rumah berharga sehingga 300 ribu ringgit, terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.
Kerajaan juga akan mengadakan Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu, meliputi rumah yang ditawarkan oleh JPN, PR1MA, SPNB, PPA1M, agensi negeri serta sektor swasta. Lebih 100 ribu unit rumah akan ditawarkan dalam program ini.
Selain itu, bagi Projek Perumahan Rakyat yang berharga 35 ribu ringgit, Kerajaan menerusi Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat, bermula 1 Mac 2016, akan menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4 peratus, dengan dana berjumlah 400 juta ringgit. Inisiatif ini akan memanfaatkan sejumlah lebih daripada 10 ribu pemilik rumah.
5. Selaras dengan apa yang doumumkan pada Bajet 2016, sumbangan 30 peratus daripada levi HRDF yang berjumlah 200 juta ringgit, akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja menerusi inisiatif reskill dan upskill, termasuklah pekerja yang telah diberhentikan.
6. Bagi meningkatkan jumlah dan kecekapan kutipan hasil, perkara-perkara berikut akan dilaksanakan:
Satu: Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.
Dua: Kerajaan bersetuju memberi pertimbangan khas dengan melonggarkan pengenaan penalti kepada pembayar cukai, bagi menggalakkan pembayar cukai tampil melaporkan pendapatan tahun ke belakang. Tunggakan cukai tersebut perlu dilangsaikan sebelum 31 Disember 2016.
Tiga: Untuk Pulau Bebas Cukai, bagi terus mengurangkan ketirisan yang mengakibatkan kehilangan hasil hampir 1 bilion ringgit, Kerajaan akan menstruktur semula saluran jualan rokok dan minuman keras, untuk dihadkan kepada Kedai-kedai Bebas Cukai yang dilesenkan oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia.
Empat: Pengecualian cukai kenderaan import di Pulau Bebas Cukai akan diperketatkan di pulau-pulau ini.
Namun, langkah penstrukturan semula jualan rokok, minuman keras serta kenderaan ini, tidak akan melibatkan penduduk tempatan dan pelancong di pulau bebas cukai ini.
Lima: Kerajaan akan mengoptimumkan pendapatan daripada spektrum telekomunikasi melalui pengagihan semula dan proses bidaan, yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat; dan
Enam: Bagi merancakkan lagi kegiatan ekonomi, Kerajaan akan membangunkan beberapa kawasan strategik milik Kerajaan, dengan melaksanakan proses bidaan.
7. Di atas inisiatif Timbalan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pekerja Asing, Kerajaan akan terus memperkemaskan sistem pengurusan pekerja asing, di mana kadar levi hanya akan diklusterkan kepada 2 kategori sahaja.
Ini tidak termasuk kategori pembantu rumah asing.
Selain itu, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Rehiring Programme, untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah. Pelaksanaan program ini adalah bagi memenuhi permintaan industri serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI di negara ini, bagi tujuan pemantauan keselamatan.
8. Kerajaan akan lebih berhemat dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran kepada Tabung Amanah Kerajaan, Badan Berkanun Persekutuan dan GLC, serta merasionalisasi dan menyusun semula entiti merangkumi Company Limited By Guarantee dan badan berkanun.
9. Bagi perbelanjaan pembangunan pula, fokus akan diberikan kepada projek dan program yang mendahulukan kepentingan rakyat, serta mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan kandungan import yang rendah.
Projek fizikal yang diutamakan adalah seperti pembinaan rumah mampu milik, hospital, sekolah, jalan raya dan pengangkutan awam serta keselamatan. Pelaksanaan projek bukan fizikal dan projek yang masih di peringkat kajian akan dijadual semula. Langkah ini, dijangka melibatkan pengurangan komitmen aliran tunai sehingga 5 bilion ringgit serta tidak menjejaskan ekonomi dan rakyat.
10. Institusi kewangan pembangunan atau DFI dan dana modal teroka atau VC milik Kerajaan, akan menambah dana pembiayaan mereka sebanyak 6 bilion ringgit, dalam menyediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan atau startup companies; dan
11. Perdana Menteri menyarankan pihak GLC, agar melaksanakan inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, secara berperingkat.
Malah, sektor swasta turut disaran melaksanakan perkara yang sama. Perkara ini akan dipantau oleh EPU.

Perubahan-perubahan Lain

1. Kini, sektor pelancongan akan diberi lebih tumpuan, kerana peningkatan kedatangan pelancong boleh merangsang pertumbuhan ekonomi domestik, terutamanya dalam keadaan ekonomi sekarang.
Promosi pelancongan domestik akan diperhebatkan melalui penganjuran penjualan pakej percutian domestik bersepadu.
Selain itu juga, Kerajaan akan mempermudahkan kemasukan pelancong asing dengan mempercepatkan pelaksanaan eVisa kepada beberapa negara yang dikenalpasti.
Pelancong dari China tidak memerlukan visa untuk ke Malaysia atau Visa Free, bermula 1 Mac sehingga 31 Disember 2016, tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu, bagi tempoh lawatan tidak melebihi 15 hari.

Tidak Berubah

1. Program Pemberian BR1M dan bantuan kebajikan akan terus dilaksanakan. Kerajaan akan mengekalkan kadar GST seperti sedia ada.
2. Kerajaan akan meneruskan langkah perbelanjaan berhemat dengan mengutamakan program dan projek yang berimpak tinggi berpasakkan falsafah people economy.
3. Ini, tidak akan melibatkan emolumen kakitangan awam, pencen pesara dan tidak akan menjejaskan mekanisme penyampaian kerajaan atau delivery mechanism.
Malah, Kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam, termasuk lantikan secara kontrak.
Bahkan, Kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada para penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016, seperti yang telah dijanjikan dalam Bajet.
4. Kerajaan tetap memberi jaminan dan komited terhadap ehwal pendidikan dan masa depan anak-anak.
Dengan ini, Kerajaan bersetuju, untuk meneruskan empat program tajaan JPA bagi tahun 2016 seperti berikut:
Pertama, Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia.
Kedua, Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.
Ketiga, Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di dalam negara; dan
Keempat, Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.
6. Seterusnya, peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak 5 bilion ringgit akan terus disalurkan kepada para mahasiswa.
7. Selanjutnya, bagi mempastikan pelaburan modal insan terus dipergiatkan, Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA akan diteruskan.
Untuk pengetahuan ramai, pada masa ini, seramai 25 ribu pelajar telah mengikuti pengajian di bawah program-progam ini. Kerajaan telah bersetuju dengan tambahan seramai 15 ribu pelajar baru untuk program MyMaster, 5 ribu pula untuk program MyPhD dan 300 untuk Skim Latihan Akademik IPTA, akan diberi tawaran. Kesemua program ini akan diberi peruntukan tambahan sebanyak 300 juta ringgit.
8. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di bawah Bank Negara Malaysia, akan memberi bantuan kepada peminjam yang mengalami kesukaran dalam menguruskan obligasi hutang, melalui penyusunan semula pinjaman sedia ada.
Berita baiknya, kesemua perkhidmatan ini diberikan secara percuma.
9. PKS dan syarikat korporat berdaya maju yang mengalami tekanan kewangan disebabkan oleh persekitaran semasa, Kerajaan turut menyediakan mekanisme perundingan, melalui Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat.
10. Dari segi pelaburan pula, Kerajaan akan terus komited untuk mencapai sasaran pelaburan swasta berjumlah 215 bilion ringgit tahun ini.
Contohnya, pelaksanaan projek utama seperti MRT dan LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysian Vision Valley, Cyber City Center, RAPID Pengerang dan High-Speed Rail akan diteruskan.
Untuk meningkatkan strategic linkages di antara bandar dan luar bandar, Kerajaan akan terus melaksanakan pembinaan sepuluh lagi UTC di Labuan, Sungai Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawau, Keningau, Seremban dan Kangar.
Manakala, empat RTC baharu dijangka siap dibina di Jawi, Pulau Pinang, Rembau, Negeri Sembilan, Sungai Rambai, Melaka dan Betong, Sarawak pada tahun ini, Insya-Allah.
11. Seterusnya, bagi menembusi pasaran antarabangsa, MATRADE dan SME Corp akan memperhebatkan program mid-tier dan Go-Export.
Selain itu, untuk meningkatkan kemudahan jaminan kredit bagi tujuan perdagangan, Exim Bank akan menambah dana pembiayaan sebanyak 500 juta ringgit.
12. Sebagai sebuah negara perdagangan yang mengamalkan ekonomi terbuka, Kerajaan akan meluaskan pasaran eksport.
Malaysia harus meneroka pasaran baru melalui penyertaan negara dalam perjanjian perdagangan bebas, seperti ASEAN Economic Community atau AEC, dan Trans-Pacific Partnership Agreement, atau TPPA serta Regional Comprehensive Economic Partnership pada masa akan datang.
Teks penuh pembentangan ini boleh didapati...
 di laman web Perdana Menteri, ------> Dato' Sri Najib Razak.

Selasa, 26 Januari 2016

Tahun 2016 : Syarikat Minyak Negara Petronas Dilanda Krisis Ekonomi


                          

Seperti kita sedia maklum Tahun 2015 adalah sebuah Tahun yang perih untuk Negara Malaysia. Masalah Ekonomi melanda kita dimana kegawatan yang dilanda negara diikuti penutupan beberapa buah syarikat yang telah lama bertapak terpaksa berkubur menandakan teruknya pasaran pada ketika itu sehingga ada yang menyamakan peristiwa ini sama  berulang kembali seperti Tahun 1998.

Tetapi kita bernasib pada ketika itu apabila Negara dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohammed yang melakukan beberapa tindakan dan perancangan yang bijak sehingga kita dapat mengawal Negara ketika itu walaupun dilanda kepincangan Ekonomi yang sangat teruk sewaktu Tahun 1998 sehingga memaksa negara jiran kita indonesia meminjam sejumlah wang dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Menunjukkan betapa teruknya Ekonomi pada ketika itu. Tetapi Bantuan itu tidak diambil dan dibenarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammed.
Adakah Asia Tenggara dilanda Krisis Ekonomi 1998 kembali..??
Nampaknya kegawatan Ekonomi pada Tahun 2015 tidak akan berhenti sampai disini apabila ianya dilihat akan berterusan sehingga ke Tahun seterusnya.

Kita sekali dikejutkan pada Tahun awal 2016 ini , apabila Syarikat Minyak Negara Petronas sebuah Syarikat yang terbesar bagi negara yang banyak menyumbang kepada pendapatan Negara , dan dilihat sebuah syarikat yang Gah ini pula dilanda masalah apabila Harga Minyak Mentah Dunia jatuh beberapa setong. Ini bukanlah sebuah berita yang baik , ini sudah pasti menjejaskan pendapatan Negara. Ianya sangat bertambah buruk apabila sebuah Syarikat besar Negara Petronas dilanda krisis.

Kini berita mengatakan Syarikat Minyak Negara Petronas akan melakukan beberapa tindakan antaranya dengan memotong sejumlah perbelanjaan dan pembuangan pekerjaan seperti yang akan dilakukan oleh beberapa syarikat-syarikat yang lain.

Berikut kenyataan melibatkan Syarikat Minyak Negara Petronas yang dipetik dari beberapa sumber:



Petronas merancang untuk memotong sebanyak RM50 bilion bagi perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh empat tahun, lapor Reuters yang memetik The Wall Street Journal.

Syarikat minyak negara, yang menyumbang separuh pendapatan minyak Malaysia, akan menunda beberapa projek, lapor portal itu yang memetik memo dalaman syarikat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Sementara itu Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa ia telah mengedarkan risalah komunikasi dalaman sebagai sebahagian usaha mengoptimumkan kos dalam berdepan impak kejatuhan harga minyak mentah.

Bagaimanapun ia enggan mendedahkan kandungan memo berkenaan dan sebarang makluman lanjut akan diumumkan pada satu masa yang ditetapkan.

Petronas berdepan kelemahan harga minyak yang jatuh terendah sejak 2003 pada Isnin. Harga jatuh lebih 70 peratus sejak 18 bulan lepas selepas pengeluar terus meningkatkan pengeluaran meskipun kelemahan permintaan.

Wan Zulkiflee dalam temubual bersama Bloomberg baru baru ini menegaskan syarikat berdepan tempoh mencabar bagi tempoh dua ke tiga tahun, namun yakin harga minyak akan pulih meskipun tidak berkongsi tempoh sebenar pemulihan.

Pada Februari tahun lepas, Petronas berkata ia merancang memotong modal perbelanjaan sebanyak 10 peratus dan perbelanjaan operasi sebanyak 30 peratus pada 2015.

Ia juga berkata pada ketika itu, bahawa syarikat bakal memotong modal perbelanjaan 2016 sebanyak 15 peratus.
Syarikat minyak negara Petronas mempertimbangkan pemberhentian pekerja sebagai salah satu pilihan dalam berdepan tekanan kelemahan harga minyak, lapor The Malaysian Reserve.

Memetik sumber, pihak pengurusan Petronas dilapor mempertimbangkan penawaran Skim Pemisahan Sukarela (VSS) kepada tenaga kerja tetap.


Sebelum ini Petronas menyatakan tidak akan membuang pekerja tetap syarikat itu sebaliknya sedang meneliti kembali pekerja kontrak.

Pada Selasa, The Wall Street Journal melaporkan Petronas merancang memotong RM50 bilion perbelanjaan modal dan operasi dalam tempoh 4 tahun.

Petronas dalam satu kenyataan mengesahkan pengedaran risalah komunikasi dalaman berkaitan pemotongan perbelanjaan tersebut namun tidak berkongsi perincian memo.
Pada Februari 2015, Petronas mengumumkan akan memotong 15 peratus perbelanjaan modal bagi 2016.

Jumaat, 15 Januari 2016

Tanggal 14 Januari 2016: Peristiwa Pengeboman Militan Daesh , Militan Islamic State (ISIS) terhadap Ibu Kota Negara Islam Jakarta Indonesia


TANGGAL 14 JANUARI 2016: PENGEBOMAN PUAK MILITAN ISLAMIC STATE (ISIS) TERHADAP NEGARA ISLAM JAKARTA INDONESIA 



Pada Tanggal 14 Januari 2016 kita digemparkan dengan peristiwa berdarah pengeboman oleh puak Militan Islamic State (ISIS) terhadap Negara Jiran Tetangga kita Indonesia. Selepas kumpulan tersebut menyasarkan pengeboman di Negara Islam Istanbul Turki kini Negara Islam Indonesia pula menjadi sasaran.

        





Dipetik dari The Malaysia Insider:

''  Seorang polis Jakarta menulis di Twitter yang satu letupan berlaku di hadapan sebuah pusat membeli-belah yang dikenali sebagai pusat membeli-belah Sarinah, Al Jazeera melaporkan.
Indonesia berhadapan kebimbangan beberapa minggu lalu berhubung ancaman militan Islam dan tindakan polis melancarkan tindakan keras ke atas mereka yang disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
"Sebelum ini kita menerima ancaman daripada Isis yang Indonesia akan menjadi perhatian," kata jurucakap polis Anton Charliyan kepada pemberita.
"Saya melihat seorang pegawai polis ditembak betul-betul di depan saya," kata seorang saksi memberitahu TV One.
Media berkata pondok polis di luar pusat membeli belah itu turut diletupkan. Penembak tepat polis dikerahkan bersama-sama ratusan pegawai keselamatan yang lain.
Sebuah bangunan PBB berhampiran tempat kejadian ditutup dengan tidak dibenarkan sesiapa masuk atau keluar, kata saksi.
Satu letupan turut kedengaran di pinggir bandar barat Palmerah, menurut tweet yang dibuat media tempatan, tetapi polis berkata mereka tidak dapat mengesahkan letupan di sana.
Beliau memberi amaran kepada orang ramai agar menjauhkan diri dan berkata polis khuatir terdapat lebih banyak bom.
Tembakan yang berlaku di luar sebuah Starbucks bertentangan pusat membeli-belah, dengan tembakan dilepaskan semasa polis bergerak ke tapak letupan.
Polis berkata, mereka mengesyaki pengebom berani mati bertanggungjawab bagi sekurang-kurangnya satu letupan dan terdapat 14 lelaki militan bersenjata terlibat dalam serangan itu, lapor Metro TV.
Selepas beberapa siri serangan ke atas warga asing dalam dekad yang lalu, pelampau Indonesia beberapa tahun kebelakangan ini mengarahkan aktiviti mereka terhadap “musuh Islam” di dalam negeri terutama polis.
Tiada sebarang serangan terhadap warga asing sejak 2009 pengeboman hotel kembar di Jakarta yang mengorbankan 7 orang. – 14 Januari, 2016.....''








Berikut diatas adalah merupakan antara Video Peristiwa  Pengeboman yang dilakukan oleh Puak Militan Islamic State (ISIS) terhadap Negara Jakarta Indonesia.


Selasa, 12 Januari 2016

Lahirnya Blog Catatan Mohammed Azwan Blogspot

Dengan Nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Alhamdulillah..kesyukuran yang tidak terhingga pada Tanggal 13 Januari 2016 maka terlahirlah Blog peribadi saya ini..blog ini ditulis atau diwujudkan adalah untuk mewujudkan suatu platform segala catatan-catatan saya  terkandung dalam pemikiran saya , dan segala perkongsian Isu Semasa yang terjadi di Negara kita Malaysia dan diluar ini dapat dirakamkan dan disimpan selain untuk dijadikan sebagai Harta Simpanan Intelek saya  .. Alhamdulillah Tuhan Merestui..semoga bermanfaat untuk diserahkan untuk Anak cucu cicit dikemudian hari..insyaallah , segala kebaikan yang ada  dapat dikongsikan dan  mendapat Manfaat...

Menutup Bicara , saya mengharapkan segala kebaikan dan rahmat dari Allah s.w.t. memberikan saya pahala yang berpanjangan semasa saya hidup mahupun  sudah tiada lagi di mukabumi ini dan memberikan kita semua kebaikan di dalam Dunia dan di akhirat ..Aminn ya rabbalaminn.