Kita berada di penghujung Dunia..dimana kita menyaksikan orang-orang islam terus ditindas dan dicacar merba. Apakah seperti-nya tiada jalan untuk kita memulihkan kembali sinaran islam yang telah lama tenggelam..dimanakah Cahaya Muhammad yg Terbilang yang pernah kita rasai suatu saat dahulu...
Tangisan mereka , tangisan anak-anak palestine yang tak kesudahan membuatkan kita merasa sedih dan pilu akan kesusahan mereka, apa yang mampu kita lakukan..? bagaimana caranya , jalannya untuk kita memastikan jalan itu mudah untuk kita mengurangkan kesusahan mereka.
Era-Tahun 2000 Kita merasa agak tersepit dengan tekanan yang diberikan oleh negara-negara kesatuan dunia. Negara-negara Barat nampaknya mula menyalahkan orang-orang islam atas segala tragedi yang berlaku. Mereka menuduh kita dengan sewenang-wenangnya, perbuatan mereka lebih memburukkan keadaan. Hendak diharapkan negara-negara Barat untuk membantu rasanya memang tidak lah lagi. Mereka lebih banyak berdiam dari membantu orang-orang islam yg kesusahan, memandangkan orang-orang islam tidak ada kena mengena dengan mereka.
Contoh yang diberikan oleh Amerika Syarikat selaku kuasa besar dunia yang mempunyai Aset Military Army terbesar dunia-3 mereka buat seperti endah tak endah tentang kesusahan Masyarakat Islam sedangkan mereka memperjuangkan keamanan dunia melalui kesatuan PBB..? Tidak perlu mengharapkan mereka. Mereka sudah pon menghantar beratus-ratus biji bom keatas Negara-negara Islam yang lain kini giliran negara islam yang lain pula ditunggu untuk dihentam.
Kadang-kadang saya tertanya, Mengapa perlu Menjalinkan & mengikatkan terus hubungan diplomatik dengan mereka Amerika Syarikat sehingga membuat pelbagai perjanjian yang tidak masuk akal.Sedangkan mereka itu Musuh Islam. Bukankah hubungan diplomatik itu bermaksud kita Bersahabat..?
Jadi apakah hubungan kita dengan Negara-negara Islam di Timur Tengah yang dibunuh dan dihentam oleh Amerika Syarikat itu sendiri. Hubungan Umat Islam itu adalah persaudaraan. Jadi persaudaraan dengan persahabatan manakah yang lebih penting...??
Saya tahu pasti ramai yang akan mengatakan persaudaraan dan persahabatan itu sama-sama penting. Tetapi didalam situasi persaudaraan rapat kita telah dibunuh dengan kejam secara diam-diam oleh Sahabat kita yang jahat dan berpura-pura baik dan menunggu masa untuk kita pula dijatuhkan.
Merenung kembali nasib yang menima keatas Negara-negara islam seperti Afghanistan , palestin , Syria , Libya dan sebagainya. Mereka dilihat seperti berhempas pulas menyelamatkan negara mereka dari kejahatan Tentera-tentera kafir yang menceroboh ke-Tanah Air mereka dan membunuh orang-orang islam. Kita...? bagaimanakah dengan kita..?? Mereka tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan mereka kekurangan peralatan , aset-aset ketenteraan , tenaga , Teknologi dsbg yang jika hendak dibandingkan peralatan tentera-tentera kafir yang jauh lebih hebat dari mereka..selain mereka kekurangan ruang untuk bergerak dinegara mereka akibat dikepung oleh Tentera-tentera kafir dimanakah silapnya..?? sehingga kita melihat satu persatu Negara islam dijatuhkan.
Negara Afghanistan yang merupakan Negara islam yang mempunyai kekayaan sumber Minyak dan alam semula jadi telah diceroboh oleh Amerika Syarikat, melalui Misi ketenteraan Amerika yang mahu menghapuskan pengganas tetapi yang dilihat amerika syarikat lebih banyak membunuh kanak-kanak dan wanita islam yang tidak berdosa. Disana golongan wanita dan kanak-kanak dilayan seperti hamba dan pemuas Seks oleh Tentera-tentera Amerika Syarikat. Terlalu banyak bukti melalui sumber-sumber video yang telah dibawa keluar dan ditunjukkan membuktikan bahawa Amerika Syarikat hanya mengambil kesempatan keatas Negara Islam Afghanistan. penyebab mereka kesana hanyalah ingin Menguasai sumber Minyak milik orang islam dan mengambil kesempatan hal-hal lain demi melunaskan kepuasan Dendam kesumat mereka, dan ditambah pula dibantu oleh Negara Rejim Zionis Israel, yang sedia maklum sudah mempunyai Teknologi-teknologi ketenteraan yang canggih yang sudah siap sedia untuk diuji dan dilepaskan, yang menjadi Mangsa adalah orang islam. Kita mempunyai banyak kelemahan-kelemahan dari segi persediaan dan kelengkapan sehingga kita dilanyak tanpa perikemanusiaan.Negara-negara islam serantau yang dilihat Maju dan mempunyai aset hanya berdiam diri dan tidak berbuat-apa.
Kejatuhan Kota Baghdad yang merupakan pusat ilmu bagi umat islam telah pon dimusnahkan dan negara-negara yg menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara amerika syarikat perlu mengucapkan syabas..! kerana Negara islam yang merupakan pusat pengumpulan ilmu perngetahuan bagi umat islam telah berjaya dimusnahkan. Negara-negara islam seluruh dunia hanya berdiam diri. Semua Negara-negara islam telah berdosa.
Media Massa yang ada di serata Dunia pon dilihat nampaknya seperti tidak Adil..kerana hanya menunjukkan kejahatan dan benda tidak baik mengenai islam. Ini menguatkan lagi banyak negara-negara asing menghentam kita sehingga kita merasa tersepit akibat durjana yang dibuat oleh penyebaran Media Massa ini. Apa yang perlu kita buat , dan apakah cara yang perlu kita lakukan demi menunjukkan bahawa islam bukan lah suatu agama keganasan..mereka terlampau rakus menghentam orang islam, bagaimanakah strategi untuk kita mematahkan serangan mereka demi memastikan agama islam dan orang-orang islam terus bertapak Mulia di bumi ini. Selagi kita hidup kita mempunyai Tanggungjawab yang diberikan oleh Allah untuk kita buat sesuatu demi agama kita kedaulatan kita. ya tidak ada sebab lain lagi..Allah melahirkan kita ke dunia adalah untuk kita mempertahankan agama Allah dari satu generasi ke suatu generasi walaupon perjuangan itu kecil , supaya Agama islam Allah yang Mulia ini terus bertahan hingga ke akhir hayat Dunia. Kerana inilah Agama yang berlandaskan ajaran yang benar, yang menyuruh umatnya untuk membuat kebaikan.Jika kita membuat selangkah perjuangan yang kecil bersama-sama memperjuangkan islam semasa kita hidup ini ianya pasti Tidak akan lagi umat islam Menangis dan tertindas , suatu hari nanti dan disaat nanti janji Tuhan itu pasti , sinaran islam itu pasti akan terpancar. Semoga Islam akan mencapai kegemilangan semula suatu hari nanti.





