Selasa, 29 Mac 2016

Menghadapi Cabaran Era-Tahun 2000: Islam Terus Ditindas & Orang-orang Islam Terus Dihina





Kita berada di penghujung Dunia..dimana kita menyaksikan orang-orang islam terus ditindas dan dicacar merba. Apakah seperti-nya tiada jalan untuk kita memulihkan kembali sinaran islam yang telah lama tenggelam..dimanakah Cahaya Muhammad yg Terbilang yang pernah kita rasai suatu saat dahulu...

Tangisan mereka , tangisan anak-anak palestine yang tak kesudahan membuatkan kita merasa sedih dan pilu akan kesusahan mereka, apa yang mampu kita lakukan..? bagaimana caranya , jalannya untuk kita memastikan jalan itu mudah untuk kita mengurangkan kesusahan mereka.

Era-Tahun 2000 Kita merasa agak tersepit dengan tekanan yang diberikan oleh negara-negara kesatuan dunia. Negara-negara Barat nampaknya mula menyalahkan orang-orang islam atas segala tragedi yang berlaku. Mereka menuduh kita dengan sewenang-wenangnya, perbuatan mereka lebih memburukkan keadaan. Hendak diharapkan negara-negara Barat untuk membantu rasanya memang tidak lah lagi. Mereka lebih banyak berdiam dari membantu orang-orang islam yg kesusahan, memandangkan orang-orang islam tidak ada kena mengena dengan mereka.

Contoh yang diberikan oleh Amerika Syarikat selaku kuasa besar dunia yang mempunyai Aset Military Army terbesar dunia-3 mereka buat seperti endah tak endah tentang kesusahan Masyarakat Islam sedangkan mereka memperjuangkan keamanan dunia melalui kesatuan PBB..? Tidak perlu mengharapkan mereka. Mereka sudah pon menghantar beratus-ratus biji bom keatas Negara-negara Islam yang lain kini giliran negara islam yang lain pula ditunggu untuk dihentam.

Kadang-kadang saya tertanya,  Mengapa perlu Menjalinkan & mengikatkan terus hubungan diplomatik dengan mereka Amerika Syarikat sehingga membuat pelbagai perjanjian yang tidak masuk akal.Sedangkan mereka itu Musuh Islam.  Bukankah hubungan diplomatik itu bermaksud kita Bersahabat..?
Jadi apakah hubungan kita dengan Negara-negara Islam di Timur Tengah yang dibunuh dan dihentam oleh Amerika Syarikat itu sendiri. Hubungan Umat Islam itu adalah persaudaraan. Jadi persaudaraan dengan persahabatan manakah yang lebih penting...??

Saya tahu pasti ramai yang akan mengatakan persaudaraan dan persahabatan itu sama-sama penting. Tetapi didalam situasi persaudaraan rapat kita telah dibunuh dengan kejam secara diam-diam oleh Sahabat kita yang jahat dan berpura-pura baik dan menunggu masa untuk kita pula dijatuhkan.

Merenung kembali nasib yang menima keatas Negara-negara islam
 seperti Afghanistan , palestin , Syria , Libya dan sebagainya. Mereka dilihat seperti berhempas pulas menyelamatkan negara mereka dari kejahatan Tentera-tentera kafir yang menceroboh ke-Tanah Air mereka dan membunuh orang-orang islam. Kita...? bagaimanakah dengan kita..?? Mereka tidak boleh berbuat apa-apa memandangkan mereka kekurangan peralatan , aset-aset ketenteraan , tenaga , Teknologi dsbg yang jika hendak dibandingkan peralatan tentera-tentera kafir yang jauh lebih hebat dari mereka..selain mereka kekurangan ruang untuk bergerak dinegara mereka akibat dikepung oleh Tentera-tentera kafir dimanakah silapnya..?? sehingga kita melihat satu persatu Negara islam dijatuhkan.

Negara Afghanistan yang meru
pakan Negara islam yang mempunyai kekayaan sumber Minyak dan alam semula jadi telah diceroboh oleh Amerika Syarikat, melalui Misi ketenteraan Amerika yang mahu menghapuskan pengganas tetapi yang dilihat amerika syarikat lebih banyak membunuh kanak-kanak dan wanita islam yang tidak berdosa. Disana golongan wanita dan kanak-kanak dilayan seperti hamba dan pemuas Seks oleh Tentera-tentera Amerika Syarikat. Terlalu banyak bukti melalui sumber-sumber video yang telah dibawa keluar dan ditunjukkan membuktikan bahawa Amerika Syarikat hanya mengambil kesempatan keatas Negara Islam Afghanistan. penyebab mereka kesana hanyalah ingin Menguasai sumber Minyak milik orang islam dan mengambil kesempatan hal-hal lain demi melunaskan kepuasan Dendam kesumat mereka, dan ditambah pula dibantu oleh Negara Rejim Zionis Israel, yang sedia maklum sudah mempunyai Teknologi-teknologi ketenteraan yang canggih yang sudah siap sedia untuk diuji dan dilepaskanyang menjadi Mangsa adalah orang islam. Kita mempunyai banyak kelemahan-kelemahan dari segi persediaan dan kelengkapan sehingga kita dilanyak tanpa perikemanusiaan.Negara-negara islam serantau yang dilihat Maju dan mempunyai aset hanya berdiam diri dan tidak berbuat-apa.

Kejatuhan Kota Baghdad yang merupakan pusat ilmu bagi umat islam telah pon dimusnahkan dan negara-negara yg menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara amerika syarikat perlu mengucapkan syabas..! kerana Negara islam yang merupakan pusat pengumpulan ilmu perngetahuan bagi umat islam telah berjaya dimusnahkan. Negara-negara islam seluruh dunia hanya berdiam diri. Semua Negara-negara islam telah berdosa.

Media Massa yang ada di serata Dunia pon dilihat nampaknya seperti tidak Adil..kerana hanya menunjukkan kejahatan dan benda tidak baik mengenai islam. Ini menguatkan lagi banyak negara-negara asing menghentam kita sehingga kita merasa tersepit akibat durjana yang dibuat oleh penyebaran Media Massa ini. Apa yang perlu kita buat , dan apakah cara yang perlu kita lakukan demi menunjukkan bahawa islam bukan lah suatu agama keganasan..mereka terlampau rakus menghentam orang islam, bagaimanakah strategi untuk kita mematahkan serangan mereka demi memastikan agama islam dan orang-orang islam terus bertapak Mulia di bumi ini. Selagi kita hidup kita mempunyai Tanggungjawab yang diberikan oleh Allah untuk kita buat sesuatu demi agama kita kedaulatan kita. ya tidak ada sebab lain lagi..Allah melahirkan kita ke dunia adalah untuk kita mempertahankan agama Allah dari satu generasi ke suatu generasi walaupon perjuangan itu kecil , supaya Agama islam Allah yang Mulia ini terus bertahan hingga ke akhir hayat Dunia. Kerana inilah Agama yang berlandaskan ajaran yang benar, yang menyuruh umatnya untuk membuat kebaikan.Jika kita membuat selangkah perjuangan yang kecil bersama-sama memperjuangkan islam semasa kita hidup ini ianya pasti Tidak akan lagi umat islam Menangis dan tertindas , suatu hari nanti dan disaat nanti janji Tuhan itu pasti , sinaran islam itu pasti akan terpancar. Semoga Islam akan mencapai kegemilangan semula suatu hari nanti.

Ahad, 13 Mac 2016

Dr Mahathir Mohammed menerima pengiktrafan Anugerah Doktor kehormat Islam dari Universitas Muhamadiyah Yogyakarta




Sekalung Tahniah buat YABhg Tun Dr Mahathir Mohammad, diatas kepimpinan beliau yang akan mendapat pengiktrafan menerima anugerah doktor kehormat Islam dari Universitas Muhamadiyah Yogyakarta pada 17 Mac 2016

14 March2016: Peluru Berpandu AS ditemui di dalam pesawat komersial Air Serbia




DUBAI: Satu siasatan sedang dijalankan di Serbia selepas peluru berpandu tempur milik Amerika Syarikat dilaporkan dijumpai dalam penerbangan komersial Air Serbia di lapangan terbang Belgrade hujung minggu lalu. Kedua-dua peluru berpandu pemusnah perisai itu lengkap dengan kepala peledak itu ditemui anjing pengesan selepas pesawat Air Serbia mendarat dari Beirut, Lebanon pada Sabtu, lapor AP memetik televisyen N1 Serbia. "Kami mengesahkan bahawa kargo yang dibawa ke destinasi seterusnya, dipintas di Lapangan Terbang Belgrade pada Sabtu susulan langkah pemeriksaan keselamatan yang ketat. Syarikat penerbangan itu sedang membantu siasatan," kata seorang jurucakap Air Serbia kepada Gulf News melalui e-mel lewat semalam. Peluru berpandu jenis AGM-114 Hellfire itu dijadual untuk dihantar ke Portland Oregon, lapor AP memetik media Serbia. Senjata buatan AS ini boleh dilancarkan dari udara, laut dan darat. Air Serbia adalah syarikat penerbangan rasmi negara Serbia. Etihad Airways di Abu Dhabi memiliki 49 peratus saham dalam syarikat penerbangan itu dan mengawal pengurusan sehingga 2018. - Agensi


Sumber dipetik: Berita Harian Online

Khamis, 25 Februari 2016

Tanah Rizab Melayu semakin Berkurangan dan Pupus dari Tanah Negara - Dato Dr Nazri Khan



TANAH RIZAB MELAYU SEMAKIN CIPUT DAN PUPUS. KINI TINGGAL 12 PERATUS DARI TANAH NEGARA. MEMANG BAGUS.

Saya bengang dan sedih hari ini.
Angka terkini menunjukkan tanah rizab Melayu semakin mengecil. Walaupun penduduk Melayu Bumiputra adalah 65% dari semua rakyat Malaysia, tanah rizab melayu kini terus berkurangan dari 50% kepada 12% sahaja dari keseluruhan tanah di Semenanjung.

Saya menjunjung setinggi-tinggi terima kasih kepada YAM Tuanku Sultan Selangor yang mencelikkan isu ini dan memberi saranan supaya tanah rizab Melayu dipertahankan.

Wasiat raja-raja Melayu tahun 1957 menetapkan minima 50 peratus tanah di negara ini perlu diperuntukkan kepada Tanah Rizab Melayu. Hakikatnya setelah 59 tahun merdeka, kita tidak menghormati wasiat raja-raja Melayu malah Tanah Rizab Melayu terus mengecil kepada 12 peratus. Kini yang tinggal hanyalah 1.7 juta hektar walaupun asalnya lebih dari 3 juta hektar (angkaberitasemasa.com.my). Bermakna tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah telah susut pada kadar 2% setahun.

Contoh ketara adalah di Pulau Pinang, walaupun mempunyai 25 kampung melayu, tiada tanah rizab Melayu diwartakan di negeri ini sedangkan Pulau Pinang adalah negeri ketiga terpantas dari segi pertumbuhan ekonomi.

Selain itu di Selangor, negeri paling maju di Malaysia, hampir 10 ribu hektar tanah Rezab Melayu telah ditukar status kepada bukan rizab Melayu atas pelbagai nama projek. Kita masih tidak pasti samaada ada berlaku penggantian terhadap tanah-tanah ini. Yang paling menyedihkan, banyak cerita penduduk memohon sejak 20 tahun untuk mendapatkan tanah rizab di pelbagai lokasi tetapi gagal dan ada yang diberi kepada syarikat bukan bumiputera.

Yang paling menyedihkan pastinya di Kuala Lumpur, ibu kota yang kita sayangi. Saya dimaklumkan tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur hanya tinggal 5% (kebanyakannya di kampung Baru) dan selebihnya 95% telah dijual kepada bukan melayu selepas ditukar status komersial.
Pelik, bagaimana tanah rizab Melayu semakin mengecil sedangkan kuasa negara di tampuk orang Melayu ?

Jujur, teori saya, mungkin kita menyaksikan terlampau banyak Pindaan Kanun Tanah Negara yang memberi peluang kepada kerajaan negeri dan syarikat tertentu mengambil tanah rizab dengan alasan untuk pembangunan tanpa ada penggantian yang jelas. Kerajaan mungkin dibenarkan menjual kepada sesiapa saja termasuk warga asing atas keperluan projek dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-mana mahkamah.
Kalau teori saya betul, agak-agak berapa pula yang akan tinggal tanah rizab Melayu 5 tahun akan datang?

Kita tidak menolak pembangunan tetapi apa nilai kemajuan jika tanah tergadai. Kita tidak mahu sejarah berdarah Palestin berulang selepas penguasaan warga asing melalui pemilikan tanah.

Kita tidak mahu melihat tanah Melayu terus dilupakan sejarah seperti Kampung Gelam di Singapura dan Kampung Guar Satun Narathiwat di Thailand.

Sabtu, 20 Februari 2016

Utusan Malaysia Meramalkan 3 Nama Menggantikan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang Baharu

Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan bersara daripada jawatannya pada April ini dan Utusan Malaysia meramalkan 3 nama calon yang akan menggantikannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Februari, 2016. 

Menerusi ruangan pojok Awang Selamat, akhbar milik Umno itu menyenaraikan mereka sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Duta Amerika Syarikat Datuk Awang Adek Hussin dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Selain itu kata Awang, 3 timbalan Zeti juga berpotensi dilantik sebagai Gabenor Bank Negara.

"Awang lihat ketiga-tiga tokoh berkenaan berkebolehan dan berwibawa menyandang jawatan tersebut.
"Selain itu, 3 timbalan Zeti di Bank Negara turut dalam senarai pilihan," tulis Awang dipetik dalam akhbar edisi mingguan itu, hari ini.
Katanya, pelantikan tersebut haruslah diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, siapa yang difikirkan sesuai dan dilihat terbaik.
Awang berkata, pelantikan Zeti sebagai gabenor Bank Negara sebelum ini juga dulu dibuat kerajaan.
"Awang tidak melihat perubahan jawatan gabenor Bank Negara akan menjejaskan apa-apa.
"Banyak perkembangan positif kepada ekonomi negara, antaranya pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 4.5% bagi suku keempat 2014," katanya.
Sebelum ini Zeti yang bakal bersara pada April ini berkata gabenor baharu seharusnya bebas daripada sebarang agenda politik, demi kestabilan kewangan dan ekonomi.
Awang berkata, pencapaian Malaysia selama ini mengatasi ramalan ramai penganalisis termasuk Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa.
"Zeti sudah melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang, kini tiba pula gelaran tokoh lain, hakikatnya tiada siapa yang 'indispensable'," katanya. – 21 Februari, 2016.


Surat Terbuka Editor Majalah Motor Trader Untuk Tun Mahathir, Proton



Satu surat terbuka yang ditulis oleh editor majalan permotoran Motor Traders, Chips Yap yang ditujukan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. mahathir Mohamad mendapat perhatian netizens di media sosial.


Difahamkan, surat tersebut merupakan respon Chips terhadap penulisan Tun M di blognya pada minggu lepas yang menganggap wartawan tidak bersungguh-sungguh memberi liputan terhadap majlis pelancaran enjin baharu Proton.

Di dalam surat terbukanya, Chips mengingatkan Mahathir tentang komitmen para wartawan permotoran terhadap Proton sejak syarikat itu ditubuhkan lebih 30 tahun lalu.

Bagaimanapun, Chips berkata, kepercayaan wartawan bagaimanapun tidak dibalas oleh Proton apabila kesilapan demi kesilapan yang ditegur tidak diperbaiki.

"Bayangkan anda anak kecil yang berada dala kereta Waja dan cermin automatik sering rosak dan anda selalu mendengar ayah anda merungut dia menyesal membeli Proton. Apabila anda besar dan boleh membeli kereta, adakah anda akan memilih Proton", tulis Chips memberi anologi.

Selain itu, Chips juga berpesan kepada Dr. M agar mendalami kesusahan rakyat biasa dengan berkunjung ke pusat servis dan bengkel bagi menukar komponen rosak yang mungkin tidak dilalui olehnya sebagai mantan Perdana Menteri.

Surat tersebut juga turut mengemukakan beberapa contoh pengeluar kereta lain yang komited dalam menghasilkan produk yang bermutu dan boleh diharap.

Chips menulis pengalamannya berkunjung ke Perodua dan terkejut apabila mendapati timbunan kertas yang merupakan cetakan dari forum 'online' yang membincangkan kelemahan kereta Perodua yang dikongsi oleh pengguna.

Menurut Chips, hal ini berbeza sekali dengan Proton yang tidak mempedulikan cadangan Chips agar wartawan permotoran diberi peluang untuk berkongsi idea untuk projek kereta kebangsaan dan pendapat mereka hanya dipedulikan 20 tahun kemudian apabila Datuk Seri Syed Zainal Abidin meminta sumbangan wartawan dalam memperkaya sudut pandang para jurutera Proton.

Sikap rajin dan rendah diri pemilik jenama kereta nombor satu dunia, Toyota turut dipuji oleh Chips.

Selain itu Chips turut berkongsi saat satu ketika dahulu dia pernah bangga dengan Proton.

"Akhir sekali - tentang rakyat Malaysia tidak bangga dengan kereta Malaysia sendiri. Saya raya kita semua pernah pada satu ketika dahulu. Saya ingat lagi pada awal 1990-an, Saya di Frankfurt dan saya ternampak seseorang sedang parkir kereta Proton 412 (Wira). Saya berlari kearahnya dan dengan bangga berkata saya dari negara yang membuat keretanya. Saya bertanya bagaimana kereta itu dan dia memberikan isyarat bagus dan saya berterima kasih kepadanya kerana membeli kereta kita. Saya sangat bangga pada ketika itu. -Siakapkeli.my

An open letter to Tun Dr Mahathir Mohamad.Proton's Chairman, Tun Dr. Mahathir Mohamad, wrote in his blog that Malaysian...
Posted by Motor Trader Malaysia on Monday, 15 February 2016

Khamis, 18 Februari 2016

19 Feb 2016: Russia Merancang Untuk Menghantar Robot Angkasawan ke Angkasa






Moscow Russia Merancang untuk menghantar Robot ke Angkasa Antarabangsa (ISS) untuk menjalankan tugas berbahaya menggantikan Angkasawan.

Timbalan Perdana Menterinya Dmiltry Rogozin berkata , dua Robot Prototaip Milik Tentera Moscow yang dinamakan ' Fyodor' ini Mampu berada di ruang Angkasa dalam tempoh yang lebih lama berbanding Manusia. Robot ini mampu melakukan sesebuah Misi Angkasa secara berterusan selama berbulan-bulan berbanding Manusia yang hanya mampu berada di ruang Angkasa hanya selama sembilan jam. Ia akan dikendalikan oleh Kru yang memakai sebuah Sut Khas untuk mengawal Robot Angkasa tersebut.

Ahad, 14 Februari 2016

Membangkitkan Kembali Kekuatan Empayar Asia Tulisan Tun Dr Mahathir Mohammed

former prime minister-4 Tun Dr Mahathir Mohammed


Pada Hari Ini Abad ke-21 Rakyat Asia Timur sedang Menghadapi suatu Tugas yang amat berat. Walaupun kita tidak menjadi Mangsa peperangan Konvensional tetapi tugas untuk Membina semula Ekonomi-ekonomi yang dimusnahkan adalah sama seperti membina semula sebuah negara selepas peperangan yang dasyat. Bagaimanapun satu perbezaan penting mengaburi prospek kita untuk pemulihan segera berbeza selepas perang , kita tidak punya idea yang jelas tentang siapakah rakan dan siapakah Musuh kita. Malah, kita juga tidak pasti apakah peraturan permainan yang kita akan mula bermain , dan kita tidak apa-apa jaminan yang serangan selanjutnya terhadap Ekonomi kita tidak akan berulang. Saya sungguh bimbang tentang Masa depan Asia jika keadaan Ekonomi tidak bertambah dengan cepat. Dengan harga pasaran saham dan matawang berada di tahap terendah, para pelabur asing sedang bergerak masuk untuk meraih faedahnya. Syarikat-syarikat di Korea Selatan , Indonesia dan banyak lagi Negara Asia Timur yg dahagakan wang tunai sedang dibeli pada harga potongan dan akibatnya, bahagian Ekonomi kita yang diletakkan di bawah dominasi Asing sedang Meningkat. Menguasai sesebuah Wilayah melaui penjajahan yang berlandaskan kekuatan ketenteraan kini tidak diterima langsung oleh Masyarakat di seluruh Dunia. Tetapi penakhlukan secara fizikal bukan lagi merupakan satu-satunya bentuk penjajahan , kawalan melaui perdagangan matawang dan dasar kewangan yang meneka boleh ditawan semula dengan Melemahkan Ekonomi-ekonomi mereka dan menjadikan mereka pengemis. Bentuk serangan penjajahan ini boleh dicapai tanpa Mengorbankan Nyawa walau seorang Askar sekalipun. Apabila sesebuah Negara menjadi Miskin , ia akan menjadi tidak stabil daripada segi politik dan pergelutan kuasa akan berlaku. Hasilnya , akan berlaku perubahan yang silih berganti dalam kepimpinan sehingga sekarang seorang calon yang sudi tunduk kepada kuasa-kuasa besar diperolehi. Ini adalah satu bentuk kawalan yang baru , yang lebih halus , tetapi ianya tentu boleh dianggap sebagai suatu Bentuk Penjajahan Ekonomi Baru. Saya telah beberapa kali Membidas Ahli Kewangan Amerika Syarikat George Soros kerana peranannya dalam penurunan Nilai Mata Wang. Ini bukan bermaksudkan sebagai serangan peribadi, tetapi Soros adalah seorang pedagang matawang yang paling lantang dan berkemungkinan paling berpengaruh di Dunia ini. Malangnya , tanggungjawab ini tidak pernah dipandang berat, dan sesiapa yang berani bercakap dan mempersoalkan pengaruh pedagang Mata Wang dianggap sebagai seorang Heretik. Konspirasi secara terbuka tidak Wujud , tetapi banyak tindakan Sulit dan perjanjian secara persefahaman pernah dan Masih Wujud dalam Dunia kewangan. Orang Asia mempunyai beberapa segala sebab untuk berbangga tentang pencapaian lepas perang mereka.Dalam Masa kurang daripada 50 Tahun hanya sekelip mata dalam sejarah. Negara Jepun Menjelma dari Perang Dunia II sebagai seekor Burung Merak Kayangan. Menjelang Tahun 1980-an , Jepun telah menjadi Kuasa Ekonomi Dunia yang kedua besarnya selepas Amerika Syarikat. Empat Ekonomi Perindustrian Baru iaitu Korea Selatan , Hong Kong , Singapura dan Taiwan Menyusur dibelakang dan menjadi kumpulan pertama '' Harimau Asia '' . Kemudiannya, pertumbuhan di Negara Malaysia , Thailand , dan Indonesia Meningkat. Selepas Awal Tahun 1990an bahkan ''Gergasi yang sedang Tidur'' iaitu China bangun menerima Reformasi Pasaran dan memulakan pertumbuhan Ekonomi yang Mengejutkan. Pepatah Cina ada Menyebut '' Beri seekor Ikan anda telah hanya membekalnya Makanan untuk sehari , tetapi jika anda memberinya Mata kail dan Mengajar bagaimana untuk menangkap ikan , anda telah membekalkan Makanan untuk selama - lamanya '' Kuasa dorongan sebenar di belakang Keajaiban Asia Timur bukanlah dari bantuan asing. Tetapi pelaburan terus Asing sesungguhnya ada memainkan peranan penting. Malaysia dan juga kebanyakan Negara Asia Timur lain mengalu-alukan perbadanan asing yang ingin Menubuhkan operasi di Negara-negara kita. Di Malaysia Syarikat - syarikat Jepun terutamanya datang berpusu-pusu untuk Membina kilang atau Mewujudkan ibu pejabat mereka bagi Asia Timur. Pada Masa ini, saya merasa sangsi tentang kemungkinan munculnya ''New World Order '' pemerintahan Order baru Dunia seperti itu daripada keadaan yang kucar kacir sekarang. Terlalu banyak perlu dikikis dan terlalu banyak orang yang berkuasa terpaksa mengguggurkan sebahagian kuasa mereka supaya Ekonomi Global menjadi lebih Adil. Bagaimanapun Masa terlalu singkat untuk kita duduk tanpa melakukan apa-apa. Sesal tanpa habis tentang kerugian kita hanya akan menjadikan kita lebih terdedah kepada spekulator yang cenderung Mentafsirkan sebarang kelemahan sebagai suatu peluang yang harus direbut untuk melakukan pembelian pada harga yang Murah. Kita mesti bergerak kehadapan untuk Membina semula Ekonomi kita dan juga keyakinan kita. Kita sudahpun tahu sesetengah langkah yang terpaksa kita ambil akan mendatangkan kesakitan dan banyak lagi yang akan dikecam oleh Kuasa-kuasa Antarabangsa. Kesukaran demikian tidak patut menghalang kita daripada bertindak. Rakyat Asia Timur mesti berkerja-sama untuk memupuk Masa Depan yang lebih baik untuk orang Asia dan akhirnya untuk Dunia.
Masa Depan Asia perlu ditentukan oleh orang Asia sendiri..Pertama sekali , Orang Asia perlu Merasa Yakin Semula, jika tidak pertukaran kebijaksanaan tidak akan berlaku apatah lagi penghasilan Kebijasanaan yang Baru. Tidak sukar untuk memahami kenapa orang Asia kini dilanda diilusi , patah hati dan defensif kerana ketakutan. Jika orang Asia terus berada dalam keadaan ini, peranan mereka dalam Abad ke-21 tidak akan berbeza daripada peranan mereka sekarang, lantas mereka patut didominasikan oleh orang Eropah dalam Dunia yang tidak adil dan tidak saksama ini. Seandainya jika Orang Asia, memutuskan untuk Memaenkan peranan penting yang bermakna dalam Hal Ehwal Dunia , dan membetulkan sikap dan Memaenkan peranan dalam Dasar kewangan serta pembangunan Ekonomi. Saya yakin ada Harapan untuk Dunia menjadi lebih Adil dan saksama.
Suatu Hari Nanti '' Kegemilangan Empayar Peradaban Abad Asia '' pasti akan berlaku juga. Kita perlu berusaha kearah sebuah Abad Dunia yang sejati. Kita mesti bermatlamat membina sebuah Dunia Baru yang bercirikan '' Liberte , Egalite , Fraternite.'' yang sebenar. Sebuah Dunia baru yang penuh dengan negara-negara demokrasi yang Maju, Bertanggungjawab dan Berfaedah. 
Sebuah Dunia di mana Manusia lebih saling Hormat-menghormati , lebih saling menghargai , lebih mempertimbangkan kepentingan dan perasaan antara satu sama lain dan lebih prihatin terhadap Warisan bersama Global yang merupakan suatu Tanggungjawab semua Negara Timur , Barat , Utara dan Selatan.

Jumaat, 12 Februari 2016

13 FEB: Perancangan Rothschild & Rockerfeller Untuk Menguasai Ekonomi dan Pemerintahan Dunia Baru (NWO)


                         

Saya amat bersetuju dengan kenyataan bahawa penggunaan Mata Wang Dollar Amerika Syarikat di dalam pasaran Dunia telah banyak menimbulkan Masalah dan kekacauan yang berlaku di seluruh Dunia seperti yang berlaku sekarang .
 penggunaan Mata Wang Dollar sebagai Tukaran utama dalam perdagangan dunia adalah sesuatu yang silap dan ianya adalah kunci bagi Amerika Syarikat dan Yahudi untuk mengawal Dunia.

Saya menulis mengikut apa yang saya Nampak pada hari ini apabila kita terlalu mengharapkan bahawa Amerika Syarikat adalah penyelamat bagi Negara Malaysia dan membiarkan sahaja mereka keluar masuk kedalam Negara yg Tercinta kita dan membiarkan sahaja sehingga kita tidak mampu membuat apa-apa.
Ini sebenarnya adalah satu penyakit untuk Umat Melayu apabila kita terlalu mempercayai persahabatan antara kita dan Blok Kuasa Amerika Syarikat dan hanya tersenyum.Apabila Mereka memasuki pasaran Ekonomi kita dan digunakan secara meluas dan sikap Malaysia yang sangat terbuka untuk Amerika Syarikat. Itu Masalah lah.

Terlalu banyak Rahsia yang telah dibongkarkan oleh orang-orang yang terdahulu sama ada kita perasan atau tidak dan ianya telah ditulis mengenai perancangan jahat mereka di dalam menguasai Dunia seperti Bidang Ekonomi yang kian meruncing.
Ianya telah dirancang dari perjanjian sulit yang telah terlepas ke Tangan orang-orang yang merasakan perancangan jahat mereka perlu dibongkarkan.
Siapakah Rothschild & Rockefeller ini..?? sebenarnya mereka adalah perancang-perancang Utama Amerika didalam menguasai Tata Dunia Baru (New World Order).

Kita hampir-hampir terkena jerat sewaktu kegawatan Ekonomi yang melanda Malaysia ketika Tahun 1998 yang lalu di mana kita hampir terjerumus di dalam perangkap rantaian Ekonomi. Berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammed yang telah menyelamatkan Negara dan membuat beberapa susulan untuk mematahkan serangan mereka.

Perancangan Rothschild & Rockefeller dalam menguasai Ekonomi dunia ialah meyakinkan orang ramai mengenai pelbagai konsep lapuk seperti BEKALAN & PERMINTAAN, KITARAN PERNIAGAAN, KITARAN PASARAN SAHAM.
Hakikatnya, konsep atau pemikiran seperti ini 'sengaja dicipta' bagi menghalang orang awam daripada menguasai modal dan memiliki wang terhimpun yg banyak.Persoalannya disini, bagaimanakah konsep harga barangan ditentukan oleh permintaan dan bekalan sekiranya dagangan barang itu dimonopoli oleh seseorang/sekelompok manusia sahaja?

Sebenarnya,harga sesuatu produk seperti MINYAK ditentukan oleh orang tertentu sahaja mengikut kehendak 'mereka', bukannya berdasarkan permintaan dan bekalan.
Kita diajar inflasi adalah keadaan semulajadi yg berlaku apabila ekonomi mencapai puncak pertumbuhannya..Pada ketika itu ekonomi berhenti berkembang dan menurun.Keadaan ini digambarkan sbg situasi yg tak dpt dikawal dan dielakkan. Kerajaan hanya cuba mengawal dan minimumkan kesan kejatuhan itu; sama ada kejatuhan berlaku secara mengejut atau perlahan-lahan

Keadaan ini sebenarnya boleh dikawal, dirancang atau dipalsukan. Ia bukanlah sesuatu yang sukar. Kita dpt lihat pola atau arah alirannya kerana kitaran perniagaan dunia sebahagian besarnya berpunca dari keadaan perniagaan dan pasaran di Amerika yg dicipta dan ditetapkan oleh Federal Reserve melalui naik turun kadar faedah..

Bekalan dan permintaan boleh dipalsukan kerana mereka mereka adalah kuasa pembeli terbesar di pasaran. Sekiranya mereka ingin meninggikan harga sesuatu barangan atau komoditi seperti minyak mentah,mereka menambah tempahan berasaskan pelbagai alasan spt peningkatan penggunaan dlm negeri di Amerika dan Eropah ataupun memenuhi keperluan perindustrian etc.. Mereka mencipta pelbagai alasan. Tempahan yang banyk menyebabkan harga melonjak setinggi langit dlm keadaan bekalan pula rendah.

Harga minyak tertinggi yg pernah dicatatkan adalah pada paras USD$135 setong. Sekiranya kurang berpuas hati dgn tahap harga yg dinaikkan dan mungkin sedikit sebanyak menyebabkan wang mereka terhakis sekiranya tempahan diteruskan, maka spekulasi akhir yg paling berkesan dilakukan bg melonjakkan harga minyak adalah PEPERANGAN atan KETEGANGAN khususnya di Timur Tengah.

Apabila harga sudah cukup tinggi, mereka jual minyak yg berada dlm stok mereka. Ini adalah kuasa pembelian secara spekulasi. Minyak yg mereka beli 6 bulan sebelumnya pada harga yg lebih rendah dilambakkan di pasaran pada harga tertinggi yg mereka sendiri tentukan dan bukannya atas permintaan sebenar.

Negara2 yg terpaksa beli minyak semasa harga tertinggi, terkial2 mencari pembiayaan untuk bayar pembelian. Akibatnya negara yg miskin menjadi bertambah miskin. Rock'n Roth yang mencipta 'permainan' ini..

Ini yang berlaku semasa perang Arab-Israel yg mengakibatkan lonjakan mengejut harga minyak sehingga memerangkap negara2 membangun dlm perangkap hutang.


Begitu juga semasa minyak mencecah lebih US$100 setong pada 2008. Alasannya ialah ketegangan yg berlaku di Lubnan antara pejuang Hizbullah dan Israel yang terlibat dalam perang selama beberapa hari menyukarkan penghantaran minyak melalui jalan yg berbahaya.. Sedangkan 'peperangan' itu hanyalah sandiwara Hizbullah (Syiah) dan Israel. Yg menjadi mangsa korban pula ialah orang2 awam yang tak berdosa.

Isnin, 8 Februari 2016

5 Febuary 2016: Militan Islamic States (IS) Mahu Menguasai Kekayaan Sumber Minyak di Negara Islam Libya


Gabungan Antarabangsa kini memberi tekanan kuat kepada Militan IS keluar dari kubu kuat mereka di Iraq dan Syria.

         Menurut Setiausaha negara Amerika Syarikat, John Kerry , senario yang ditakrif menakutkan ketika ini adalah kumpulan berkenaan Mengancam Libya dan mahu merampas kekayaan sumber Minyak. Pegawai dari 23 Negara kini berada di Rome untuk mengkaji pertempuran menentang IS yang mencipta satu dakwaan bahawa betapa mereka berkuasa di Iraq dan Syria. Kini, usaha sama itu merebak ke negara lain, khususnya Libya.

          Tentera Islamic State (IS) sudah menyerang infrastruktur Minyak di Libya dan mendapat cengkaman kuat di bandaraya Sirte ketika dua kerajaan bermusuhan di Negara Afrika Utara mahu mencari penguasaan mutlak.

          Di bawah rancangan sokongan pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi peralihan politik dua-dua pentadbir bermusuhan di Libya dijangka membentuk kerajaan.

         Selepas perjanjian diersetujui di maghribi, perlaksanaan itu terjejas gara-gara pergaduhan.
Negara Barat turut mempertimbangkan untuk menyerang Militan IS di Libya yang menjadi pintu masuk kepada puluhan ribu pendatang ke Eropah.
     
         Namun mereka mahu mendapatkan lampu hijau daripada kerajaan yang berorientasikan perpaduan terancang sebelum membuka langkah.

Isnin, 1 Februari 2016

Mengenang Kembali Perjuangan Nenek Moyang Dahulu Memperjuangkan Nasib Orang Melayu





Anak Kecil Main Api.....
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata Darah bercampur keringat 
Bumi Dipijak milik orang ...

Nenek Moyang kaya raya
Tergadai seluruh Harta benda
Akibat sengketa diantara kita
Cinta lenyap di Arus Zaman ...

Indahnya Bumi kita...
Warisan berkurun lamanya
Hasil Mengalir ke tangan yang lain
Kitakan Merintih sendiri ...

Jangan Buang Waktu lagi...
Majulah raih sebuah Mimpi
Hapuskan sengketa  Teruskan Usaha ,
Kita kan Gagah di Nusantara ...


Kitakan Gagah di pentas Dunia...


Tidak ada yang lebih Menyayat hati dari melihat Bangsa kita dijajah , lagi Mengalirnya airmata seandainya kita melihat di depan mata kepala kita  Bangsa kita dihina diherdik dan dipijak selumat-lumatnya. Kaki mereka dilanyak-lanyak diatas kepala Orang Melayu oleh sang penjajah yang menjajah di negara kita ini. Mampukah kita menahan airmata mengenang peristiwa yang terjadi pada Nenek Moyang kita yang dilanda kemiskinan dahulu ? Harta-harta mereka dirampas. Nasib Golongan yang lemah Wanita dan anak-anak kecil yang menangis siang dan malam kerana ketakutan siang dan malam hari. Mhukah kita peristiwa dijajah oleh orang luar berulang kembali ? Masih adakah pahlawan yang sanggup mempertahankan kedaulatan Tanah dan Bangsa yang tercinta ini.

Sejarah Nenek Moyang kita dahulu Menggambarkan betapa susahnya pahit naung kehidupan yang mereka jalani disaat penjajahan di Tanah Melayu ini. Orang Melayu dilanda kemiskinan , kekurangan sumber makanan dibuat seperti Hamba dihina dan diherdik oleh golongan penjajah. Harta peninggalan Orang Melayu pada masa itu dirampas. Hasil Pertanian kerja keras mereka orang Melayu diambil tanpa perikemanusiaan. Wanita dan Anak-anak dipukul dan dianaiya sepuas-puas hati mereka. Dapatkah kita membayangkan kesusahan mereka......

Sekarang tidak lagi , Tanah Melayu yang dahulunya bergolak kini Merdeka. Tanah yang dahulunya dilanda kemiskinan kerosakan kini kita merasakan keharmonian. Tetapi perjuangan Nenek Moyang Melayu tidak akan dilupakan didalam memartabatkan Bangsa Melayu Berjaya di masa hadapan sesuatu perlu dilakuakan. Setiap Generasi Melayu yang lahir perlu Memperjuangkan Nasib Orang Melayu membawa bangsa kearah kehadapan Melindungi Hak-hak Melayu supaya Orang Melayu tidak dihina lagi , tidak dianaiya lagi tidak dijadikan hamba supaya dapat melihat anak cucu bangsa terus didalam kebahgiaan. Perjuangan ini akan tetap diteruskan..................










Ahad, 31 Januari 2016

Nothing is impossible when people have dream




Nothing is impossible when people have dream
Maruisz Kedzierski is a 23-year-old Polish artist. Although he has no arm, he achieves a great life. He has done his drawings during his travel through the Europe, especially on the street. He called this project ‘Mariusz Daws’, which aims to inspire people that all the limits are in the heads.

Jumaat, 29 Januari 2016

30 January 2016: Bagaimana Jika Malaysia tidak Mentandatangani Perjanjian Trans-pasifik TPPA

Bagaimana jika kita tidak tandatangani TPPA

DALAM perjanjian-perjanjian FTA sedia ada dan WTO sudah ada rejim tarif yang cukup baik untuk Malaysia.

Satu perkara yang selalu kita dengar mengenai perjanjian TPP adalah bagaimana perkongsian 12 negara dalam TPP akan memberi kita capaian kepada kelompok ekonomi yang besarnya adalah 40% daripada GDP sedunia; serta pasaran 800 juta penduduk.

Maka wajib kita berada di dalamnya untuk manafaat amat besar!

Tetapi yang mereka sengaja tidak beritahu:
• Kesemua 12 negara-negara TPP sudahpun berada dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO),
• Amerika Syarikat tidak dibenarkan untuk menaikkan tarif mereka terhadap Malaysia di atas paras yang mereka terikat di WTO, dalam semua produk-produk Malaysia, jika Malaysia tidak menandatangani TPP.

Amerika Syarikat sebenarnya sudah terperangkap. Mereka tidak boleh naikkan tarif untuk menghukum Malaysia jika Malaysia tidak tandatangan. Dan kadar tarif dikunci bawah WTO, secara purata, hanya 3 peratus untuk barangan Malaysia untuk dieksport ke Amerika Syarikat.

Ini adalah sudah memang rendah, kerana, jika kita inginkan sangat mahu dapat tarif sifar (zero tariff) bawah perjanjian TPP, kos-kos untuk proses dan dokumentasi mematuh peraturan baru bawah TPP saperti “rule of origin” dan lain-lain dianggarkan lebih kurang 5 peratus.

Kebetulan kesemua 12 negara TPP sudah berada dalam WTO. Tambah lagi Malaysia sudah meterai perjanjian perdagangan bebas - dengan tarif yang rendah atau sifar - dengan semua negara-negara TPP kecuali empat negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru.

Daripada empat negara tersebut, Amerika Syarikat, sudah terikat dengan tarif purata (average bounded tariff) pada WTO yang rendah iaitu, 3 peratus, jadi tidak banyak perbezaan jika diturunkan kepada 0% pun, bawah TPP. Kanada pula, punyai tarif terikat purata rendah di WTO sebanyak 6%.

Maka tinggal Mexico dan Peru. Jika benar-benar penting untuk mendapatkan produk-produk Malaysia diekspot ke Mexico dan Peru (dengan terma tarif yang lebih baik), maka adakanlah saja perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Mexico dan Peru, di mana kita hanya perlu enam bab mengenai menghapuskan tarif sahaja. Dan tak perlu bab-bab saperti harta intelek, ISDS dan perkara-perkara lain.

Kebanyakan negara di dunia tidak meterai FTA dengan Amerika Syarikat

Sebelum ini terdapat kira-kira 60 negara yang telah memulakan rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat (AS).

Mereka semua pada awalnya sangat optimis.'Kami akan dapat tawaran yang terbaik, Perdana Menteri kami kawan rapat dengan Presiden Amerika Syarikat, dia pergi ke ladangnya untuk BBQ. Kita akan mendapat tawaran istimewa, tengoklah” - itulah yang Australia beranggapan sewaktu rundingan FTA dengan AS pada tahun 2003.

Hakikatnya, Australia cuma dapat tawaran sama seperti orang lain, teks yang sama, semua sama, kerana Amerika Syarikat sudah ada templat (acuan perjanjian FTA) yang di bawahnya cuma - anda tandatangan di sini!

Jadi bagi banyak negara, selepas berpuluh-puluh pusingan rundingan, mereka masih tidak dapat capai yang mereka perlukan, dan merubah teks cadangan dalam templat asal AS. Melihat versi terakhir, mereka berkata, ini sebenarnya tak sesuai dengan kepentingan negara saya, terima kasih, tapi tak payah, kami tidak akan tandatangan!'

Ini cerita Switzerland. Switzerland sedang berunding dengan AS untuk perjanjian perdagangan bebas (FTA), mereka kaji cadangan AS dan selepas dua tiga pusingan, mereka berkata kepada Amerika Syarikat: “Perlukah anda masukkan bab-bab mengenai harta intelek dan pertanian?” AS berkata, “Kami mesti. Itu semua wajib bagi kami.” Switzerland kemudian berkata, “Kalau begitu, terima kasih banyak, tapi tak payahlah, lebih baik kita teruskan persahabatan kita, tak payahlah perjanjian perdagangan bebas (FTA) ini. Kita boleh terus berdagang dengan satu sama lain di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di mana diantara kita semua sudah ada tarif yang rendah. Jom kita teruskan tanpa FTA ini”.

Mengikut World Economic Forum (WEF) Competitive Index 2014-2015– Switzerland adalah negara paling kompetitif di seluruh dunia. Jelas bukan hal ‘takut’ atau ‘tidak takut’ saperti naratif yang dijaja Tok Pa.

40 daripada 60 negara tinggalkan rundingan FTA dengan AS, seperti Malaysia pada tahun 2008

Jadi daripada 60 negara yang mula berunding dengan AS, hanya 20 tandatangani. Dua pertiga tolak, kerana mereka dapati tidak sesuai dengan mereka. Jadi majoriti daripada 170 negara di seluruh dunia tidak mulakan apa-apa rundingan langsung, dan dari 60 negara yang berunding 40 negara (dua pertiga) akhirnya tidak menandatangani perjanjian FTA kerana cadangan (templat) AS itu dianggap begitu buruk dan lebih mudarat untuk mereka.

Hanya beberapa negara saja yang mampu jadi hero dan menanggung kehendak Amerika Syarikat.  27/1/2016

* Azlan Awang merupakan Timbalan Pengerusi #BantahTPPA

Khamis, 28 Januari 2016

Tarikh 26 Januari: 11 Pengubahsuaian Bajet 2016 Yang Diumumkan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak Pada Hari Ini




Kita sedia Maklum kegawatan Ekonomi yang tidak seimbang dan tidak seberapa baik pada Tahun 2015 dan Tahun 2016 di Negara Malaysia kita ini akibat keadaan Ekonomi Dunia pada waktu sekarang meruncing. Demikian , kerajaan telah melakukan inisiatif untuk mengubahsuai pembentangan Bajet untuk Tahun ini dan mengawal perbelanjaan dalam dan luar Negara. Jadi pengubahsuaian Bajet untuk Tahun 2016  diubah atau terpaksa diperincikan demi mengikut kesusesuaian keadaan ekonomi semasa. Berikut pengubahsuaian yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak pada hari ini:

1. Kerajaan bersetuju untuk mengurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3 peratus mulai Mac 2016 sehingga Disember 2017.
Walaubagaimanapun, caruman majikan dikekalkan. Langkah ini, dijangka meningkatkan perbelanjaan penggunaan swasta sehingga 8 bilion ringgit setahun.
(Nota editor: Ini adalah langkah yang biasanya diambil semasa kegawatan ekonomi. Potongan caruman biasanya akan disalurkan masuk ke dalam gaji pekerja, memberi pekerja lebihan wang tunai untuk berbelanja. Perbelanjaan orang ramai akan menyebabkan ekonomi kekal menggalakkan.)
2. Kerajaan akan memberi pelepasan khas cukai sebanyak 2 ribu ringgit, kepada pembayar cukai individu berpendapatan 8 ribu ringgit sebulan ke bawah, untuk tahun taksiran 2015.
Dengan langkah ini, walaupun Kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak 350 juta ringgit, namun, ianya dapat memberi penjimatan bayaran cukai individu sehingga 475 ringgit. Khabar gembira ini akan memanfaatkan seramai 2 juta pembayar cukai.
3. Bagi mengurangkan kos harga barang keperluan harian rakyat, Kerajaan akan melaksanakan antaranya, perkara-perkara berikut:
Satu: Kerajaan akan meliberalisasikan kawalan kuota import atau AP, bagi lapan produk pertanian terpilih untuk tempoh sementara bagi mempastikan bekalan yang konsisten.
Antara produk pertanian termasuklah biji kopi mentah, daging kerbau, lembu dan kambing. Pada masa yang sama, syarat pematuhan kualiti dan keselamatan barangan import akan terus diutamakan.
Dua: FAMA akan membuka pasar belian terus hasil pertanian atau MyFarm Outlet yang menjual barang makanan seperti ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan, dengan menawarkan harga jualan 5 hingga 20 peratus lebih rendah dari harga pasaran.
Buat permulaan, ia akan dibuka di Presint 7, Putrajaya pada bulan Mac hadapan, dan akan diperluaskan ke 10 lokasi di pusat bandar lain seluruh negara pada tahun ini juga.
Tiga: Dalam mempastikan rakyat menikmati harga barangan yang berpatutan, KPDNKK diarahkan untuk mengenalpasti lebih banyak kedai-kedai jualan harga berpatutan seperti, hypermarket asing dan tempatan. Jadinya, jumlah Kedai Harga Patut akan ditingkatkan daripada 640 buah, kepada seribu kedai kesemuanya pada tahun ini.
Empat: Dalam waktu yang sama, KPDNKK akan mempertingkatkan penguatkuasaan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga-peniaga yang tidak beretika, serta mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang berlipat ganda atau profiteering.
Lima: Untuk terus membela untung nasib para pesawah, serta meningkatkan pengeluaran padi, Kerajaan menyediakan tambahan tunai sebanyak 50 ringgit bagi setiap 1 tan metrik padi bersih, sebagai insentif input pengeluaran padi. Pada masa yang sama, Kerajaan akan menambah baik pelaksanaan pemutuan sebenar padi melalui sistem penggredan standard; dan
Enam: Kerajaan memperkenalkan program MyBeras diperkenalkan, di mana setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar, akan dibekalkan dengan 20 kilogram beras setiap bulan. Ini merupakan satu langkah, sehingga Disember 2016, untuk mengurangkan bebanan hidup keluarga miskin.
4. Berkuat kuasa serta merta ke atas projek perumahan baharu, Kerajaan akan menetapkan kesemua penjualan rumah berharga sehingga 300 ribu ringgit, terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.
Kerajaan juga akan mengadakan Jelajah Ekspo Pemilikan Rumah Bersepadu, meliputi rumah yang ditawarkan oleh JPN, PR1MA, SPNB, PPA1M, agensi negeri serta sektor swasta. Lebih 100 ribu unit rumah akan ditawarkan dalam program ini.
Selain itu, bagi Projek Perumahan Rakyat yang berharga 35 ribu ringgit, Kerajaan menerusi Bank Simpanan Nasional dan Bank Rakyat, bermula 1 Mac 2016, akan menawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4 peratus, dengan dana berjumlah 400 juta ringgit. Inisiatif ini akan memanfaatkan sejumlah lebih daripada 10 ribu pemilik rumah.
5. Selaras dengan apa yang doumumkan pada Bajet 2016, sumbangan 30 peratus daripada levi HRDF yang berjumlah 200 juta ringgit, akan disediakan untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran pekerja menerusi inisiatif reskill dan upskill, termasuklah pekerja yang telah diberhentikan.
6. Bagi meningkatkan jumlah dan kecekapan kutipan hasil, perkara-perkara berikut akan dilaksanakan:
Satu: Kerajaan akan menggandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap para pengelak cukai atau tax evaders.
Dua: Kerajaan bersetuju memberi pertimbangan khas dengan melonggarkan pengenaan penalti kepada pembayar cukai, bagi menggalakkan pembayar cukai tampil melaporkan pendapatan tahun ke belakang. Tunggakan cukai tersebut perlu dilangsaikan sebelum 31 Disember 2016.
Tiga: Untuk Pulau Bebas Cukai, bagi terus mengurangkan ketirisan yang mengakibatkan kehilangan hasil hampir 1 bilion ringgit, Kerajaan akan menstruktur semula saluran jualan rokok dan minuman keras, untuk dihadkan kepada Kedai-kedai Bebas Cukai yang dilesenkan oleh Jabatan Kastam Di Raja Malaysia.
Empat: Pengecualian cukai kenderaan import di Pulau Bebas Cukai akan diperketatkan di pulau-pulau ini.
Namun, langkah penstrukturan semula jualan rokok, minuman keras serta kenderaan ini, tidak akan melibatkan penduduk tempatan dan pelancong di pulau bebas cukai ini.
Lima: Kerajaan akan mengoptimumkan pendapatan daripada spektrum telekomunikasi melalui pengagihan semula dan proses bidaan, yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat; dan
Enam: Bagi merancakkan lagi kegiatan ekonomi, Kerajaan akan membangunkan beberapa kawasan strategik milik Kerajaan, dengan melaksanakan proses bidaan.
7. Di atas inisiatif Timbalan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pekerja Asing, Kerajaan akan terus memperkemaskan sistem pengurusan pekerja asing, di mana kadar levi hanya akan diklusterkan kepada 2 kategori sahaja.
Ini tidak termasuk kategori pembantu rumah asing.
Selain itu, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI atau Rehiring Programme, untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah. Pelaksanaan program ini adalah bagi memenuhi permintaan industri serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI di negara ini, bagi tujuan pemantauan keselamatan.
8. Kerajaan akan lebih berhemat dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan, meneruskan usaha merasionalisasi pemberian geran kepada Tabung Amanah Kerajaan, Badan Berkanun Persekutuan dan GLC, serta merasionalisasi dan menyusun semula entiti merangkumi Company Limited By Guarantee dan badan berkanun.
9. Bagi perbelanjaan pembangunan pula, fokus akan diberikan kepada projek dan program yang mendahulukan kepentingan rakyat, serta mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan kandungan import yang rendah.
Projek fizikal yang diutamakan adalah seperti pembinaan rumah mampu milik, hospital, sekolah, jalan raya dan pengangkutan awam serta keselamatan. Pelaksanaan projek bukan fizikal dan projek yang masih di peringkat kajian akan dijadual semula. Langkah ini, dijangka melibatkan pengurangan komitmen aliran tunai sehingga 5 bilion ringgit serta tidak menjejaskan ekonomi dan rakyat.
10. Institusi kewangan pembangunan atau DFI dan dana modal teroka atau VC milik Kerajaan, akan menambah dana pembiayaan mereka sebanyak 6 bilion ringgit, dalam menyediakan pembiayaan kepada PKS dan syarikat permulaan atau startup companies; dan
11. Perdana Menteri menyarankan pihak GLC, agar melaksanakan inisiatif bagi mengurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, secara berperingkat.
Malah, sektor swasta turut disaran melaksanakan perkara yang sama. Perkara ini akan dipantau oleh EPU.

Perubahan-perubahan Lain

1. Kini, sektor pelancongan akan diberi lebih tumpuan, kerana peningkatan kedatangan pelancong boleh merangsang pertumbuhan ekonomi domestik, terutamanya dalam keadaan ekonomi sekarang.
Promosi pelancongan domestik akan diperhebatkan melalui penganjuran penjualan pakej percutian domestik bersepadu.
Selain itu juga, Kerajaan akan mempermudahkan kemasukan pelancong asing dengan mempercepatkan pelaksanaan eVisa kepada beberapa negara yang dikenalpasti.
Pelancong dari China tidak memerlukan visa untuk ke Malaysia atau Visa Free, bermula 1 Mac sehingga 31 Disember 2016, tertakluk kepada syarat-syarat yang tertentu, bagi tempoh lawatan tidak melebihi 15 hari.

Tidak Berubah

1. Program Pemberian BR1M dan bantuan kebajikan akan terus dilaksanakan. Kerajaan akan mengekalkan kadar GST seperti sedia ada.
2. Kerajaan akan meneruskan langkah perbelanjaan berhemat dengan mengutamakan program dan projek yang berimpak tinggi berpasakkan falsafah people economy.
3. Ini, tidak akan melibatkan emolumen kakitangan awam, pencen pesara dan tidak akan menjejaskan mekanisme penyampaian kerajaan atau delivery mechanism.
Malah, Kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam, termasuk lantikan secara kontrak.
Bahkan, Kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada para penjawat awam pada tanggal 1 Julai 2016, seperti yang telah dijanjikan dalam Bajet.
4. Kerajaan tetap memberi jaminan dan komited terhadap ehwal pendidikan dan masa depan anak-anak.
Dengan ini, Kerajaan bersetuju, untuk meneruskan empat program tajaan JPA bagi tahun 2016 seperti berikut:
Pertama, Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka seluruh dunia.
Kedua, Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman dan Perancis.
Ketiga, Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta di dalam negara; dan
Keempat, Pengambilan baharu seramai 8 ribu pelajar akan diberikan biasiswa untuk mengikuti pengajian yang ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama Dalam Negara.
6. Seterusnya, peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak 5 bilion ringgit akan terus disalurkan kepada para mahasiswa.
7. Selanjutnya, bagi mempastikan pelaburan modal insan terus dipergiatkan, Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputera dan Skim Latihan Akademik IPTA akan diteruskan.
Untuk pengetahuan ramai, pada masa ini, seramai 25 ribu pelajar telah mengikuti pengajian di bawah program-progam ini. Kerajaan telah bersetuju dengan tambahan seramai 15 ribu pelajar baru untuk program MyMaster, 5 ribu pula untuk program MyPhD dan 300 untuk Skim Latihan Akademik IPTA, akan diberi tawaran. Kesemua program ini akan diberi peruntukan tambahan sebanyak 300 juta ringgit.
8. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit di bawah Bank Negara Malaysia, akan memberi bantuan kepada peminjam yang mengalami kesukaran dalam menguruskan obligasi hutang, melalui penyusunan semula pinjaman sedia ada.
Berita baiknya, kesemua perkhidmatan ini diberikan secara percuma.
9. PKS dan syarikat korporat berdaya maju yang mengalami tekanan kewangan disebabkan oleh persekitaran semasa, Kerajaan turut menyediakan mekanisme perundingan, melalui Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat.
10. Dari segi pelaburan pula, Kerajaan akan terus komited untuk mencapai sasaran pelaburan swasta berjumlah 215 bilion ringgit tahun ini.
Contohnya, pelaksanaan projek utama seperti MRT dan LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysian Vision Valley, Cyber City Center, RAPID Pengerang dan High-Speed Rail akan diteruskan.
Untuk meningkatkan strategic linkages di antara bandar dan luar bandar, Kerajaan akan terus melaksanakan pembinaan sepuluh lagi UTC di Labuan, Sungai Petani, Miri, Sibu, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Tawau, Keningau, Seremban dan Kangar.
Manakala, empat RTC baharu dijangka siap dibina di Jawi, Pulau Pinang, Rembau, Negeri Sembilan, Sungai Rambai, Melaka dan Betong, Sarawak pada tahun ini, Insya-Allah.
11. Seterusnya, bagi menembusi pasaran antarabangsa, MATRADE dan SME Corp akan memperhebatkan program mid-tier dan Go-Export.
Selain itu, untuk meningkatkan kemudahan jaminan kredit bagi tujuan perdagangan, Exim Bank akan menambah dana pembiayaan sebanyak 500 juta ringgit.
12. Sebagai sebuah negara perdagangan yang mengamalkan ekonomi terbuka, Kerajaan akan meluaskan pasaran eksport.
Malaysia harus meneroka pasaran baru melalui penyertaan negara dalam perjanjian perdagangan bebas, seperti ASEAN Economic Community atau AEC, dan Trans-Pacific Partnership Agreement, atau TPPA serta Regional Comprehensive Economic Partnership pada masa akan datang.
Teks penuh pembentangan ini boleh didapati...
 di laman web Perdana Menteri, ------> Dato' Sri Najib Razak.