Anak Kecil Main Api.....
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata Darah bercampur keringat
Bumi Dipijak milik orang ...
Nenek Moyang kaya raya
Tergadai seluruh Harta benda
Akibat sengketa diantara kita
Cinta lenyap di Arus Zaman ...
Indahnya Bumi kita...
Warisan berkurun lamanya
Hasil Mengalir ke tangan yang lain
Kitakan Merintih sendiri ...
Jangan Buang Waktu lagi...
Majulah raih sebuah Mimpi
Hapuskan sengketa Teruskan Usaha ,
Kita kan Gagah di Nusantara ...
Kitakan Gagah di pentas Dunia...
Tidak ada yang lebih Menyayat hati dari melihat Bangsa kita dijajah , lagi Mengalirnya airmata seandainya kita melihat di depan mata kepala kita Bangsa kita dihina diherdik dan dipijak selumat-lumatnya. Kaki mereka dilanyak-lanyak diatas kepala Orang Melayu oleh sang penjajah yang menjajah di negara kita ini. Mampukah kita menahan airmata mengenang peristiwa yang terjadi pada Nenek Moyang kita yang dilanda kemiskinan dahulu ? Harta-harta mereka dirampas. Nasib Golongan yang lemah Wanita dan anak-anak kecil yang menangis siang dan malam kerana ketakutan siang dan malam hari. Mhukah kita peristiwa dijajah oleh orang luar berulang kembali ? Masih adakah pahlawan yang sanggup mempertahankan kedaulatan Tanah dan Bangsa yang tercinta ini.
Sejarah Nenek Moyang kita dahulu Menggambarkan betapa susahnya pahit naung kehidupan yang mereka jalani disaat penjajahan di Tanah Melayu ini. Orang Melayu dilanda kemiskinan , kekurangan sumber makanan dibuat seperti Hamba dihina dan diherdik oleh golongan penjajah. Harta peninggalan Orang Melayu pada masa itu dirampas. Hasil Pertanian kerja keras mereka orang Melayu diambil tanpa perikemanusiaan. Wanita dan Anak-anak dipukul dan dianaiya sepuas-puas hati mereka. Dapatkah kita membayangkan kesusahan mereka......
Sekarang tidak lagi , Tanah Melayu yang dahulunya bergolak kini Merdeka. Tanah yang dahulunya dilanda kemiskinan kerosakan kini kita merasakan keharmonian. Tetapi perjuangan Nenek Moyang Melayu tidak akan dilupakan didalam memartabatkan Bangsa Melayu Berjaya di masa hadapan sesuatu perlu dilakuakan. Setiap Generasi Melayu yang lahir perlu Memperjuangkan Nasib Orang Melayu membawa bangsa kearah kehadapan Melindungi Hak-hak Melayu supaya Orang Melayu tidak dihina lagi , tidak dianaiya lagi tidak dijadikan hamba supaya dapat melihat anak cucu bangsa terus didalam kebahgiaan. Perjuangan ini akan tetap diteruskan..................

Tiada ulasan:
Catat Ulasan